Thursday, October 1, 2009

.Kenapa Manusia Bermasalah (Sosialisasi).

Menurut smith (1989), sosialisasi merupakan satu proses permasyrakatan dimana ibu bapa mendidik anak-anak menurut nilai-nilai mereka yang dikehendaki oleh masyarakat. Soisalisasi juga bermaksud menyaluran informasi tentang sesuatu norma atau nilai dari satu generasi ke generasi yang lain didalam sesebuah kelompok atau masyarakat. Proses sosialisasi adalah satu proses pengajaran tentang peranan-perana yang harus diajalankan bagi seseorang individu itu dalam bertingkah laku dalam sesebuah masyarakt. Terdapat dua jenis sosialisasi iaitu sosialisasi primer dan sosialisasi sekunder. Sosialisasi primer merujuk kepada proses pembelajaran yang dijalani oleh individu ketika kecil untuk menjadi salah seorang anggota masyarakat. Sosialisasi sekunder pula melibatkan proses pembelajan lanjutan setelah proses sosialisasi primer berlaku. Sosialisasi sekunder melibatkan memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam masyarakat.


Proses sosialisasi amat penting dalam membina seorang individu yang mampu berfungsi dalam masyarakat. Keruntuhan sesuatu institusi keluarga itu akan memberikan kesan negatif kepada proses sosialisasi. Keluarga yang mempunyai masalah akan memberikan persekitaran yang negatif kepada kanak-kanak dalam memahami peranan mereka dalam masyarakat. Prosess sosialisasi yang tidak sempurna dirumah akan menghasilkan kanak-kanak yang bermasalah sosial . Ini kerana mereka tidak diajar dan diberi peneguhan terhadap tingkah laku mereka. Mereka juga mendapat didikan dan dontoh contoh (role rmodel) yang tidak elok dari ibubapa,penjaga atau adik beradik yang lebih tua darinya.

Dalam proses sosialisasi ia melibatkan komunikasi dalam penyaluran maklumat diantara anak dan ibubapa. Permasalahan sosial timbul apabila ibubapa tidak dapat berinteraksi secara berkesan dengan anak mereka. Ini disebabkan oleh halangan dan gangguan seperti kesibukan kerja. Anak-anak yang terabai ini, akan bergantung kepada persekitaran luar dalam mendidik mereka untuk bertingkah laku.

Apabila kejadian ini berlaku, ini melibatkan proses sosialisasi sekunder dimana, individu melibatkan persekitaran seperti masyarakat setempat untuk mendidik mereka untuk bertingkah laku.Apabila individu itu terlibat dalam masyarakat yang bermasalah, ia akan mendidik individu itu kearah proses sosialisasi yang negatif. Contohnya, Seorang individu yang terabai dirumah, akan keluar mencari teman-teman yang mampu memberikan perhatian dan kasih sayang yang diperlukan. Jika individu ini berkecenderungan berkawan dengan mereka-meraka yang terlibat dengan aktiviti “rempit”, maka individu itu akan membentuk tingkah laku yang diterima oleh golong tersebut. Ini kerana individu tersebut ingin diterima oleh golongan tersebut.

Oleh yang demikian, proses sosialisasi adalah penting dalam melahirkan individu yang bebas dari masalah sosial. Proses sosialisasi yang positif harus bermula sejak diperingkat awal lagi. Tumpuan dan penekanan terhadap proses sosialisasi primer adalah penting dalam membentuk peneguhan tingkah laku dan sikap positif dalam diri individu. Bak kata pepatah, "ayah borek , anak rintik" maka didiklah anak dengan sebaiknya. Agar negara bebas dari masalh sosial dimasa hadapan


No comments:

Post a Comment