Monday, September 28, 2009

.Cabaran Kebajikan Sosial Hari ini dan Masa Hadapan.


Kebajikan sosial merupakan institusi sosial yang menilai keperluan masyarakat , memantau perubahan keperluan masayarakat dan merancang program atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat sebelum membantu anggota masyarakat memenuhi keperluan hidup mereka.Ia juga merupakan satu institusi pelaburan sosial yang dibina oleh masyarakat bagi mengupaya dan memajukan aset sosial yang terdapat di dalam diri anggota masyarakat atau aset sosial yang ada di dalam komuniti secara kolektif. “Keperluan manusia” merujuk kepada keadaan yang perlu ada bagi sesuatu individu bagi memastikan keadaan hidupnya sejahtera (thomas dan pierson, 1996). Keperluan manusia merupakkan barangan material atau keadaan-keadaan fizikal tertentu yang mesti dimiliki oleh manusia bagi membolehkan mereka menajalankan fungsi dan peranan fizikal, mental dan seksual dengan berkesan.


Dalam era globalisasi ini, keperluan manusia yang semakin meningkat. Keperluan manusia juga sentiasa berubah,meningkat, bertambah dan tidak statik. Oleh yang demikian, adalah satu cabaran bagi institusi kebajikan sosial dalam memenuhi segala keperluan masyarakat bagi memastikan kefungsian sosial mereka terjamin. Setiap individu yang terlibat dalam kebajikan sosial haruslah lebih peka dalam mengetahui dan menganalisis keperluan-keperluan baru yang di perlukan oleh setiap ahli masyarakat agar tiada keciciran berlaku. Hidup dalam era globalisasi dan modenisasi ini juga memberikan banyak impak kepada negara kita. Negara harus bersedia dalam perubahan interaksi sosial, peranan sosial dan perubahan budaya dalam masyarakat yang disebabkan oleh impak globalisasi ini. Perubahan yang disebabkan oleh globalisasi dan modanisasi ini akan sedikit sebanyak meningkatkan masalah-masalah sosial dalam negera. Ini juga merupakan satu cabaran kepada institusi kebajikan sosial dalam membentras masalah-masalah sosial yang semakin meningkat dan semakin agressif. Oleh yang demikian, para pekerja sosial yang bekerja dalam lapangan kebajikan sosial harus kreatif dan bersedia untuk menambah pengetahuan terhadap masalah sosial tersebut agar masalah-masalah ini dapat dibentras secara holistik.


Dalam memastikan kebajikan masyarakat terjamin, negara terpaksa membelanjakan sejumah wang yang banyak. Hal ini menjadi masalah kerana "budjet" negara terpaksa dikongsi dengan kementerian lain dalam menajalankan pembangunan negara. Sering kali hal berkaitan kebajikan sosial ini dipandang rendah oleh kerana golongan kebajikan ini dikatakan ttidak mampu untuk menyumbang kepada negara. Disebabkan hal ini, adalah menjadi satu cabaran dalam institusi kebajikan sosial untuk mencari dana luar dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan ini dan memastikan mereka kefungsian mereka dalam masyarakat terjamin.


Kebajikan sosial juga mendapat cabaran dari segi pembinaan polisi sosial yang melibatkan golongan-golongan kebajikan ini. Disebabkan perubahan era dan pembangunan negara, polisi sosial ini harus di kemaskini dan di kaji bagi menjamin kebajikan golongan-golongan mereka yang terlibat. Ini juga disebabkan desakan globalisasi yang menyebabkan cabaran hidup individu yang yang tinggal dibandar semakin meningkat. Cabaran hidup dibandar yang meningkat ini melahirkan meningkatkan golongan mereka yang memerlukan kebajikan seperti contoh, golongan misksin bandar yang memerlukan sosial support daripada masyarakat. Oleh yang demikian, polisi sosial yang sedia ada ini harus diperbaharui dalam menampung senario-senario baru yang wujud hasil dari pembangunan negara.


Masyarakat juga sering menghadapi kesukaran dalam memahami apa itu sebenar “kebajikan sosial”.Pekerja sosial yang bekerja dalam menjamin kebajikan sosial masyarakat sering menghadapi masalah dalam menyampaikan "message" kepada orang awam tentang persoalan ini. Pekerja sosial menghadapi kesukaran dalam tahu masyarakat umum tentang golongan-golongan yang berhak menerima kebajikan dalam mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap golongan-golongan tersebut. Namun begitu, masyarakat negara ini lebih mementingkan publisti dan hanya membantu golongan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada mereka. Dan sering juga masyarakat hanya memberi perhatian kepada golongan ini apabila tiba musim-musim perayaan bagi meningkatkan publisiti mereka. Contoh nya, pada musim Hari raya, ramai agensi atau individu persendirian memberi bantuan dari segi makanan atau wang kepada anak-anak yatim. Namun begitu golongan-golongan kebajikan yang lain tidak mendapat perhatian. Masyakat kita sering memandang golongan anak yatim sebagai golongan yang perlu diberi perhatian, namun begitu masyarakat harus tidak lupa untuk menghulurkan bantuan terhadap golongan-golongan lain seperti mangsa dera, orang kurang upaya, golongan miskin dan sebagainya. Ini merupakan cabaran yang mencabar kerana ia melibatkan penukaran mentaliti masyarakat tempatan.



Melahirkan pekerja sosial yang bermutu dan berdaya saing mampu mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera. Langkah-langakah yang konsisten diperlukan dalam mempertingkatkan institusi kebajikan sosial negara. Ini penting dalam menjamin kebajikan sosial masyarakat dipelihara dam menjamin negara membangun holistik.

1 comment: