Monday, September 28, 2009

.Cabaran Kebajikan Sosial Hari ini dan Masa Hadapan.


Kebajikan sosial merupakan institusi sosial yang menilai keperluan masyarakat , memantau perubahan keperluan masayarakat dan merancang program atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat sebelum membantu anggota masyarakat memenuhi keperluan hidup mereka.Ia juga merupakan satu institusi pelaburan sosial yang dibina oleh masyarakat bagi mengupaya dan memajukan aset sosial yang terdapat di dalam diri anggota masyarakat atau aset sosial yang ada di dalam komuniti secara kolektif. “Keperluan manusia” merujuk kepada keadaan yang perlu ada bagi sesuatu individu bagi memastikan keadaan hidupnya sejahtera (thomas dan pierson, 1996). Keperluan manusia merupakkan barangan material atau keadaan-keadaan fizikal tertentu yang mesti dimiliki oleh manusia bagi membolehkan mereka menajalankan fungsi dan peranan fizikal, mental dan seksual dengan berkesan.


Dalam era globalisasi ini, keperluan manusia yang semakin meningkat. Keperluan manusia juga sentiasa berubah,meningkat, bertambah dan tidak statik. Oleh yang demikian, adalah satu cabaran bagi institusi kebajikan sosial dalam memenuhi segala keperluan masyarakat bagi memastikan kefungsian sosial mereka terjamin. Setiap individu yang terlibat dalam kebajikan sosial haruslah lebih peka dalam mengetahui dan menganalisis keperluan-keperluan baru yang di perlukan oleh setiap ahli masyarakat agar tiada keciciran berlaku. Hidup dalam era globalisasi dan modenisasi ini juga memberikan banyak impak kepada negara kita. Negara harus bersedia dalam perubahan interaksi sosial, peranan sosial dan perubahan budaya dalam masyarakat yang disebabkan oleh impak globalisasi ini. Perubahan yang disebabkan oleh globalisasi dan modanisasi ini akan sedikit sebanyak meningkatkan masalah-masalah sosial dalam negera. Ini juga merupakan satu cabaran kepada institusi kebajikan sosial dalam membentras masalah-masalah sosial yang semakin meningkat dan semakin agressif. Oleh yang demikian, para pekerja sosial yang bekerja dalam lapangan kebajikan sosial harus kreatif dan bersedia untuk menambah pengetahuan terhadap masalah sosial tersebut agar masalah-masalah ini dapat dibentras secara holistik.


Dalam memastikan kebajikan masyarakat terjamin, negara terpaksa membelanjakan sejumah wang yang banyak. Hal ini menjadi masalah kerana "budjet" negara terpaksa dikongsi dengan kementerian lain dalam menajalankan pembangunan negara. Sering kali hal berkaitan kebajikan sosial ini dipandang rendah oleh kerana golongan kebajikan ini dikatakan ttidak mampu untuk menyumbang kepada negara. Disebabkan hal ini, adalah menjadi satu cabaran dalam institusi kebajikan sosial untuk mencari dana luar dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan ini dan memastikan mereka kefungsian mereka dalam masyarakat terjamin.


Kebajikan sosial juga mendapat cabaran dari segi pembinaan polisi sosial yang melibatkan golongan-golongan kebajikan ini. Disebabkan perubahan era dan pembangunan negara, polisi sosial ini harus di kemaskini dan di kaji bagi menjamin kebajikan golongan-golongan mereka yang terlibat. Ini juga disebabkan desakan globalisasi yang menyebabkan cabaran hidup individu yang yang tinggal dibandar semakin meningkat. Cabaran hidup dibandar yang meningkat ini melahirkan meningkatkan golongan mereka yang memerlukan kebajikan seperti contoh, golongan misksin bandar yang memerlukan sosial support daripada masyarakat. Oleh yang demikian, polisi sosial yang sedia ada ini harus diperbaharui dalam menampung senario-senario baru yang wujud hasil dari pembangunan negara.


Masyarakat juga sering menghadapi kesukaran dalam memahami apa itu sebenar “kebajikan sosial”.Pekerja sosial yang bekerja dalam menjamin kebajikan sosial masyarakat sering menghadapi masalah dalam menyampaikan "message" kepada orang awam tentang persoalan ini. Pekerja sosial menghadapi kesukaran dalam tahu masyarakat umum tentang golongan-golongan yang berhak menerima kebajikan dalam mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap golongan-golongan tersebut. Namun begitu, masyarakat negara ini lebih mementingkan publisti dan hanya membantu golongan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada mereka. Dan sering juga masyarakat hanya memberi perhatian kepada golongan ini apabila tiba musim-musim perayaan bagi meningkatkan publisiti mereka. Contoh nya, pada musim Hari raya, ramai agensi atau individu persendirian memberi bantuan dari segi makanan atau wang kepada anak-anak yatim. Namun begitu golongan-golongan kebajikan yang lain tidak mendapat perhatian. Masyakat kita sering memandang golongan anak yatim sebagai golongan yang perlu diberi perhatian, namun begitu masyarakat harus tidak lupa untuk menghulurkan bantuan terhadap golongan-golongan lain seperti mangsa dera, orang kurang upaya, golongan miskin dan sebagainya. Ini merupakan cabaran yang mencabar kerana ia melibatkan penukaran mentaliti masyarakat tempatan.



Melahirkan pekerja sosial yang bermutu dan berdaya saing mampu mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera. Langkah-langakah yang konsisten diperlukan dalam mempertingkatkan institusi kebajikan sosial negara. Ini penting dalam menjamin kebajikan sosial masyarakat dipelihara dam menjamin negara membangun holistik.

Sunday, September 20, 2009

. Keganasan/ Penderaan Terhadap Golongan Wanita .



Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa penderaan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Penderaan ke atas wanita adalah salah satu bentuk keganasan, sementelah isteri yang didera suami pula dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumahtangga. Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan atau penderaan terhadap wanita dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki. Penderaan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.


Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual atau mental. Terdapat beberapa jenis penderaan yang sering dilakukan terhadap golongan wanita.


Jenis penderaan:
- Penderaan Psikologi dan Emosi
- Penderaan Fizikal
- Penderaan Seksual
- Penderaan Sosial
- Penderaan Kewangan




Berdasarkan stataistik menunjukkan majoriti magsa dalam keganasan rumah tangga, wanita yang sering kali di dera oleh pasangan mereka. Kes penderaan wanita dilaporkan berlaku di seluruh negara mencatatkan bilangan tidak kurang 400 kes. Walau bagaimanapun, jumlah itu masih dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai kejadian terbabit. Statistik menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang kerap mencatat angka keganasan atau penderaan wanita yang tinggi sepanjang 3 tahun (2003 –2006). Ini menunjukkan penderaan / keganasan wanita tidak tertumpu kepada negeri yang menjadi pusat tumpuan pembangunan seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kepesatan teknologi dan kesesakkan pembangunan bukan faktor utama dalam masalah ini.



Pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu sendiri. ahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.



Masryarakat juga harus menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada "gender". Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita.Kedua-dua belah pihak Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta tuli. Penbenukan kersefahaman dalam perhubungan, kearah permuafakatan adalah penting dan ia mampu menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan dikalangan wanita.

Sunday, September 13, 2009

. Hanya Tatapan Public ? .

Petang Jam 6.30.

Memang kusut keadaan Janie. Baru bangun tido. Tatau kenapa sabtu ahad nih dOk tido jer. Nih menaip nih pon nak demam. Tekak dah tak sedap, hidung dah berair..kepala pening, xyah cite la~!. Tapi itu semua bukan kisahnya. Kisahnya bermula dengan bising-bising dari luar. Ade bunyi annoucement name-name pertubuhan anak yatim. ohw, jiran ku yang dikatakan "orang besar" wat makan-makan tok anak yatim rupanya. Bagus lah....*amin*. Nak harapkan Janie yang bagi makan anak yatim memang tak mampu la, nasi untuk diri pOn masih mengira apentah lagi nak memberi makan berpuluh kanak-kanak. Maka, Janie memuji tindakan jiran janie. Moga Allah melimpahkan rezeki untuk beliau.

Namun, ketika kaki melangkah menaiki tangga...hati terdetik. Setan kecil yang degil keluar menunjukkan muka. Dalam hati kecil terdetik, "aik, sebelom nih takde plak die nak bagi makan-makan mcm nih?? takkan time raya jer?? mak kate siap ade TV3..nih nak popular jer ker?". Tetibe hati berkata "shit la..kalo die wat untuk nak publisiti". Argh hati mule la nak ngamOk..Janie bukan ape nak ngamok..Ok la die nak menOlong orang yang memerlukan. Tapi, bukankan lebih bagus jika tangan kanan menderma tanpa tangan kiri mengetahuinya? . Kenapa nak menjemput Tv3 semua? nak menayang kita wat kerja amal kah?. Haruskah??

Perlu ke anak yatim dan golongan yang memerlukan ini merasa ade "self belonging" hanya tiba hari raya? Mase tuh semua pon nak bagi makan, bagi tuh bagi nih...tapi bila hari hari biasa?? ade orang nak melayan mereka? Pernah terfikir nak bagi makan-makan jugak ker? Tak payah bagi makan..ade terase nak "jengOk" mereka ker? Kompem tak kan? Tuh la dunia pOlitik now nih..semua nak PUBLIC. Dan mangsa, adalah golongan yang memerlukan kebajikan. damn~!

Sorry sedikit emo. Tapi Janie tetap terharu dgn usaha jiran untuk memberi makan. Harap usaha die tuh untuk kebajikan anak-anak yatim dan bukan untuk PUBLIC semata-mata. Tak payah aaa panggil TV3 semua. Nak menderma, membuat kebajikan biarlah ikhlas dan tertutup. Namun, siapa Janie nak mengadili? mereka dah membuat kebajikan..Janie mampu berterima kasih la kepada mereka..sebab Janie pon xmampu. Harap nanti bila dah mampu, giliran Janie pulak memberi dan bukan menerima. *amin*