Sunday, August 9, 2009

. Kebajikan Sosial dan Mereka .

Konsep kebajikan sosial berkait rapat dengan sistem institusi sosial yang terdapat dalam masyarakat. Ia melibatkan perancangan dan proses yang mengurangkan masalah sosial ahli masyarakat supaya kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan. Terdapat beberapa golongan individu/kelompok yang sering diberi tumpuan dalam memberi bantuan dengan harapan dapat mempertingkatkan kefungsian sosial mereka dalam masyarakat.



Orang Kurang Upaya(OKU)

Bukan mereka pinta lahir keduani sebagai seorang insan yang cacat. Cacat anggota bukan bermaksud seseorang itu tidak berguna. Adik Abdurahman faiz (gambar) membuktikan sebagai seorang insan yang kurang upaya masih mampu melukis bagi memperolehi upah bagi menampung keperluan beliau.


Cacat anggota badan juga bukanlah penghalang bagi sesorang insan itu menuntut ilmu. Setiap ahli amsyarakat mempunyai hak dalam menuntut ilmu. Namun begitu, bagi warga kurang upaya ini haruslah diberi perhatian yang tinggi agar mereka tidak dipinggirkan dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan status mereka dalam masyarakat.


Aktiviti warga kurang upaya ini juga sedikit terbatas dalam melaksanakan tugasan harian mereka. Kerajaan kini banyak mengambil langkah-langkah dalam mempertingkatkan kemudahan fizikal bagi golongan ini. Kemudahan sepeti Tandas OKU, lorong untuk kerusi roda disediakan dan soal-soal tentang kebajikan golongan ini juga sudah mendapat perhatian dalam perbincangan tentang pembangunan negara.





Dadah

Dadah, dikatakan musuh nombor 1 negara. Ia merupakan satu fenomena sosial yang telah mejajah negara sejak dahulu lagi dan masih tidak menampakkan perubahan yang positif. Dadah membuatkan sseseorang individu itu tidak dapat melaksanakan tugas meraka sebagai seorang ahli dalam masyarakat.


Masalah penagihan dadah kini membimbangkan dan ia harus menerima kerjasama semua pihak dalam membentras gejala ini sebelom ia menjadi parah. Mengikut statistik, kategori umur antara 25 hingga 29 tahun merupakan bilangan penagih yang paling ramai dikesan. Ini amat menjejaskan negara kerana masalah dadah ini akan mendorong kepada keruntuhan institusi-institusi lain seperti institusi keluarga, institusi keselamatan dan lain-lain.



Kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah dalam memastikan permasalah dadah ini dapat dikurangkan. Pelbagai kempen kesedaran dijalankan dan poster-poster (gambar) di pamirkan bagi memberi informasi kepada rakyat tentang bahayanya dadah. Kini terdapat beberapa tempat pelindungan bagi golongan ini bagi membantu mereka untuk kembali kepada kehidupan yang sihat dan tidak dipinggirkan dalam prosess pembangunan.




Kemiskinan


Masalah kemiskinan bukanlah masalah yang asing lagi bagi negara kita. Secara umumnya, kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang dalam membiayai keperluan seharian.



Penepatan golongan miskin ini tidak begitu sempurna dan terdedah kepada masalah kesihatan (persekitaran yang kotor) dan keselamatan (kekuatan rumah) . Golongan ini haruslah diberi bantuan kebajikan supaya mereka mampu memenuhi keperluan asas meraka dan pada masa yang sama ia juga dapat membentras gejala sosial lain berlaku.



Apabila golongan miskin ini mencapai jalan buntu dan kebajikan mereka tidak dijaga, mereka terpaksa keluar mencari nafkah dengan meminta sedekah menggunakan anak-anak kecil mereka untuk menarik perhatian warga kota. Ini merbahayakan diri mereka dan juga anak mereka. Ini juga sedikit sebanyak menjejaskan pandangan kota raya yang kini membangun dengan pesat.


Apabila sesebuah keluarga tidak mempunyai wang yang mencukupi dalam membiayai kos keperluan, ini menyebabkan kelurga tersebut terdedah degan persekitaran atau kawasan yang kurang sempurna pembangunannya. Apabila berada persekitaran yang serba kekurangan, anak-anak terdedah kepada persekitaran yang kotor dan mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan dan keselamatan. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pembangunan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut dalam menjalani kehidupan harian mereka.




Penderaan

Penderaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ia terbahagi kepada beberapa jenis sepeti penderaan seksual, fizikal dan juga emosi.


Golongan wanita sering dikaitkan golongan yang lemah dan ia menjadikan mereka terdedah kepada penderaan oleh suami mahupon golongan lelaki lain. Apabila seorang isteri di dera oleh suaminya , ini akan menyebabkan institusi kekeluargaan goyah dan ia akan menyebabkan berlakunya gejala sosial lain seperti pengabaian anak, pelacuran dan sebaginya.


Apabila institusi keluarga itu telah goyah, terdapat diantara menjadikan anak sebagai tempat mereka melepaskan tekanan akibat masalah yang dihadapi diantara suami dan isteri. Ini akan menyebabkan anak mengalami masalah darisegi fizikal dan juga mental.


Kanak-kanak yang didera ini dikatakan berkecenderungan untuk menghadapi trauma apabila mengalami kecelaruan psikologi seperti takut, berasa terancam dan lain lain. Keupayaan seseorang itu menghadapi trauma bergantung kepada tahap penerimaan seseorang itu terhadapat kejadian yang dialaminya.





Mereka memerlukan bantuan kita dan bukan untuk dipinggirkan. Mereka juga punya perasaan dan hati untuk bergembira bersama yang lain dalam menjalani kehiudpan dalam masyarakat yang harmoni.

" Jika seorang insan melakukan ini...
Seminit ingatan, dapat membuatkan mereka rasa ada yang prihatin. Selafaz doa, membuatkan mereka rasa disayang. Seringgit derma, membuatkan mereka mampu mengalas perut. Satu tangan yang menghulur, dapat membantu mereka menjalani kehidupan. ...

Apa pula jika seluruh rakyat Malaysia melakukan itu?
Bukankan kehidupan kita akan lebih aman, negara lebih maju . *Amin* "
- Azhani Ali.










. Kebajikan Sosial Dalam Konsep 1 Malaysia.


Mampukah kebajikan sosial rakyat diterapkan dalam konsep 1Malaysia dan adakah ciri-ciri kebajikan sosial menepati konsep 1Malaysia yang kini hangat diperkatakan di setiap corong media negara kita?. Secara ringkasnya, 1Malaysia adalah satu gagasan yang diilhamkan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ia berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.


Bertemakan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” konsep 1Malaysia ini menyarankan bahawa kemajuan negara dapat direalisasikan dengan memberi tumpuan atau fokus keatas memajukan rakyat terlebih dahulu. Ini dapat dilakukan dengan memupuk sikap saling hormat menghormati dan “penerimaan” diantara kaum bagi membentuk perpaduan yang utuh. In sudah pasti akan membantu dalam kelancaran urusan pembangunan negara. Demi memastikan kesemua rakyat dapat menikmati kemajuan dengan sama-rata, keadilan sosial diterapkan dan menjadi teras kepada pembentukan perpaduan dalam konsep 1Malaysia. Keadilan sosial ini berfungsi untuk tidak meminggirkan mana-mana pihak dalam usaha negara mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. Ini selaras dengan definasi kebajikan sosial yang bersifat holistik dimana segala program, aktiviti dan pembangunan manusia yang dijalankan adalah untuk masyarakat itu sendiri.


Kebajikan sosial merupakan aspek yang penting dalam pembangunan manusia. Menurut Johnson et al. (1997) yang menyatakan kebajikan sosial meliputi perancangan dan proses yang berkaitan dengan kaedah dan program yang mencegah dan memulihkan masalah sosial, membangunkan sumber manusia dan meningkatkan cara gaya hidup masyarakat. Pembangunan manusia yang dijalankan memberi penekanan terhadap institusi sosial dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada institusi keselamatan, institusi keluarga, institusi pendidikan, dan institusi agama. Kesemua intitusi ini diberi tindakan dan ditangani masalahnya secara adil dan holistik kerana tiap-tiap institusi ini mempunyai ciri yang tersendiri dan institusi-institusi ini berkait diantara satu sama lain dalam mewujudkan model insan yang berkualiti tinggi. Dengan mempertingkatkan dan menjayakan sistem sosial negara, ia secara tidak langsung dapat membuatkan rakyat mampu bersaing dalam pasaran global serta menaikkan status ekonomi negara.


Secara kesimpulannya, dalam menjalankan sesuatu program mahupun aktiviti pembangunan, kerajaan haruslah mengambil kira konsep kebajikan sosial serta melibatkan semua bangsa bagi membentuk perpaduan yang jitu lagi tulin dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ini selaras dengan asas kepada 1 Malaysia, dimana ia dilihat sebagai satu pra-syarat dalam usaha memajukan negara. Oleh yang demikian, akan terbuktilah bahawa kebajikan sosial mampu diterapkan dan cirinya juga menepati konsep 1 Malaysia yang akan menerajui negara kearah kemajuan.