Tuesday, November 3, 2009

Sukarelawan/perkauman?


Cerita bermula bila Janie and bulu melepak di Oldtown Mines selepas penat sesat cari kilang Belkin. Then tengah kami beborak tentang pelbagai hal, ade seorang mamat cine lingkungan 20-an. Dia memintak kami untuk menderma untuk rumah anak yatim. Die tunjuk Ic dia, kad sukarelawan dia, sijil dari JKM, surat dari agensi berkenaan dan pelbagai lagi....dia kata, beli stiker berharga RM10 akan dapat menampung makan dan perbelanjaan seorang anak yatim dari agensi tersebut. Namun persoalannya..

1. Jika itu katanya menderma, kenapa perlu ditetapkan RM10?
2. Perlu ke membeli stiker itu untuk menderma? Boleh tak nak derma ikot kemampuan?
3. Kenapa hanya meja janie/bulu dan satu lagi meja warga melayu dituju. Kelihatan meja mereka yang berbangsa Cine takde plak dia tuju. Nih operasi amik derma daripada golongan " bukan cine" sahaja ker?

Janie bukan nak cakap ape. Hati nak menderma makin kurang disebabkan hal mcm nih. Derma patut ikhlas dengan nilai apa pon. Tapi kenapa perlu menetapkan harga sejumlah Rm10 la , Rm15 la untuk tujuan menderma. Alasan sebab beli stiker tuh. Adakah in salah satu konspirasi agensi-agensi yang tak bertanggung jawab mengambil keuntungan daripada golongan yang menerima kebajikan seperti Golongan anak yatim?. Lebih tak paham bila ahli sukarelawan cine tuh hanya meminta derma daripada warga melayu (tatau plak bangsa lain) dan yang pasti mereka tidak meminta kepada warga cine lain. kenapa janie cakap mcm tuh? Ketika kejadian, belakang janie meja diduduki warga cine, depan Janie diduduki oleh warga cine jugak. Namun, apabila warga sukarelawan (2orang) tuh masuk Oldtown tuh, mereka terus attack meja Janie dan meja pasangan melayu yang duduk jauh dari Janie. Setelah selesai dengan meja kami, mereka terus blah.Apakah in?

Ini ke senario masyarakat Malaysia? Konon 1 Malaysia, namun takde plak terasa. Seperti yang diperkatakan dalam post sebelom ini " 1 Malaysia dalam konteks Kebajikan sosial", susah nak pupuk perpaduan dalam mengdayakan kebajikan sosial di Malaysia. Lagi satu tak paham, adakah JKM meluluskan kegiatan ini?. Bukankah ini dah dikira memintak lebih kurang mcm "sedekah". Tak silap Janie operasi macam nih tak dibenarkan. Atau kegiatan ini boleh dilaksanakan?. Ada sesiapa boleh tolOng terangkan ?.

Biasanya mereka ini akan cuba untuk mendapat perhatian kita untuk terus membeli stiker dan menderma. Janie dengan selamber cakap " Ohw, I'm also a social worker student and this saturday I'm going to one of the anak yatim house...I' give my contribution there". Terus sukarelawan itu tak cakap banyak cakap Thankx you and beredar. Agaknya die takut Janie bercakap banyak hal social work kot? . But then, kelihatan golongan kebajikan ini masih dipergunakan oleh segelitir masyarakat untuk kesenangan mereka. Jika tafsiran janie saah, maafkan...tapi terlalu banyak konspirasi sekarang yang membuatkan golongan yang memerlukan masih terabai dan disamping orang lain menerima keuntungan .

Thursday, October 15, 2009

.Masalah keluarga dan khidmat keluarga.



Definisi Keluarga
  • Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
  • Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).
  • Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah tangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat (Helvie, 1981)


Jenis-jenis keluarga

1. Keluarga nuclear
  • Ayah, ibu, anak tinggal dalam satu rumah ditetapkan oleh ikatan perkawinan
2. Single parent
  • Satu orang tua (ayah atau ibu) dengan anak
3. Extended Family
  • 1, 2, 3 geneasi bersama dalam satu rumah tangga.



Fungsi Keluarga menurut WHO (1978)
  • Fungsi Biologi - Untuk meneruskan keturunan
  • Fungsi Sosialisasi - Membina sosialisasi pada anak
  • Fungsi Ekonomi - Mencari sumber-sumber untuk keperluan keluarga
  • Fungsi Pendidikan - Mendidik dan memberi pengetahuan melalui sekolah


Masalah keluarga
1. Perceraian

** Pasangan perlu mengenalpasti alasan untuk bercerai sebelum persetujuan dicapai. ** Terdapat beberapa jenis perceraian dalam islam :
  • Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)
  • Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)
  • Khulu’ (Pampasan kepada suami)
  • Lafaz Talaq
Kesan-kesan penceraian
  • Menimbulkan tekanan dan trauma kepada kanak-kanak. Anak akan menghadapi kejutan kesan perpisahan yang tidak mereka relakan.
  • Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh menjejaskan pelajaran mereka di sekolah.
  • Kanak-kanak ini juga terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa apabila dewasa nanti.


2. Keganasan rumah tangga

  • Keganasan melibatkan penderaan fizikal, psikologi, sosial, kewangan dan seksual oleh suami terhadap isteri, sama ada dengan bekas isteri, bekas suami, anak2, ibu bapa atau ahli keluarga yang tinggal bersama, memusnahkan harta benda mangsa.
  • Dalam konteks ini keganasan rumahtangga/keluarga -satu jenayah dalam bentuk penggunaan paksaan, sama ada secara fizikal dan psikologi, bagi memenuhi matlamat diri, yang menyebabkan penganiayaan terhadap individu lain yang merupakan sebahagian dari ahli keluarga itu sendiri.
Jenis-jenis penderaan
  • Penderaan ekonomi atau kewangan
  • Keganasan psikologi dan emosi
  • Keganasan fizikal
  • Penderaan seksual
  • Penderaan sosial



Jenis-jenis perkhidmatan


1. Bagi Perceraian


1. Jabatan Hal ehwal negeri
  • Khidmat nasihat kekeluargaan bagi masalah poligami, tidak bersefahaman, campur tangan keluarga, penderaan, pasangan suami isteri tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
  • Perkhidmatan kaunseling bagi :
- Membantu individu menangani stress/konflik. - Memahami peranan dan tanggungjawab. - Mengubah sikap atau tingkahlaku yang negatif. - Mengharmonikan perhubungan.


2.Mahkamah
  • Kaunseling pasangan
  • Proses rujuk
  • Pembahagian harta
  • Penjagaan anak
Undang-undang yang terlibat:
  • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (1985)
  • Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (non-muslim)


2. Bagi keganasan rumah tangga 1. Pegawai polis
  • Seksyen 19, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa untuk membantu mangsa sebagaimana kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai kebajikan.
2. Pegawai kebajikan
  • Menerangkan kepada mangsa hak-haknya di bawah undang-undang.
3. Mahkamah
  • Menerima dan merekodkan aduan yang difailkan
  • Mendengar serta membuat keputusan tentang aduan dengan seberapa segera berdasarkan seksyen 14.
4. Biro bantuan guaman
  • Terdiri daripada pegawai telatih dalam bidang undang-undang
  • Membantu mangsa membuat laporan polis.
5. Peranan individu
  • Adukan masalah
  • Perlu berterus-terang dengan meluahkan masalahnya
Undang-undang yang terlibat:
  • Akta keganasan rumah tangga 1994




Sebuah masyarakat bermula dari sebuah keluarga. Masyarakat yang maju datangnya dari institusi keluarga yang maju. Institusi keluarga yang maju bukanlah merujuk kepada kekayaan yang dimiliki dan juga bukan dari penggunaan alat teknologi yang moden untuk berhubung antara satu sama lain. Tetapi, institusi keluarga yang maju ialah keluarga yang mempunyai kasih sayang antara satu sama lain serta institusi keluarga yang ahlinya menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam semua keadaan.



Thursday, October 1, 2009

.Kenapa Manusia Bermasalah (Sosialisasi).

Menurut smith (1989), sosialisasi merupakan satu proses permasyrakatan dimana ibu bapa mendidik anak-anak menurut nilai-nilai mereka yang dikehendaki oleh masyarakat. Soisalisasi juga bermaksud menyaluran informasi tentang sesuatu norma atau nilai dari satu generasi ke generasi yang lain didalam sesebuah kelompok atau masyarakat. Proses sosialisasi adalah satu proses pengajaran tentang peranan-perana yang harus diajalankan bagi seseorang individu itu dalam bertingkah laku dalam sesebuah masyarakt. Terdapat dua jenis sosialisasi iaitu sosialisasi primer dan sosialisasi sekunder. Sosialisasi primer merujuk kepada proses pembelajaran yang dijalani oleh individu ketika kecil untuk menjadi salah seorang anggota masyarakat. Sosialisasi sekunder pula melibatkan proses pembelajan lanjutan setelah proses sosialisasi primer berlaku. Sosialisasi sekunder melibatkan memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam masyarakat.


Proses sosialisasi amat penting dalam membina seorang individu yang mampu berfungsi dalam masyarakat. Keruntuhan sesuatu institusi keluarga itu akan memberikan kesan negatif kepada proses sosialisasi. Keluarga yang mempunyai masalah akan memberikan persekitaran yang negatif kepada kanak-kanak dalam memahami peranan mereka dalam masyarakat. Prosess sosialisasi yang tidak sempurna dirumah akan menghasilkan kanak-kanak yang bermasalah sosial . Ini kerana mereka tidak diajar dan diberi peneguhan terhadap tingkah laku mereka. Mereka juga mendapat didikan dan dontoh contoh (role rmodel) yang tidak elok dari ibubapa,penjaga atau adik beradik yang lebih tua darinya.

Dalam proses sosialisasi ia melibatkan komunikasi dalam penyaluran maklumat diantara anak dan ibubapa. Permasalahan sosial timbul apabila ibubapa tidak dapat berinteraksi secara berkesan dengan anak mereka. Ini disebabkan oleh halangan dan gangguan seperti kesibukan kerja. Anak-anak yang terabai ini, akan bergantung kepada persekitaran luar dalam mendidik mereka untuk bertingkah laku.

Apabila kejadian ini berlaku, ini melibatkan proses sosialisasi sekunder dimana, individu melibatkan persekitaran seperti masyarakat setempat untuk mendidik mereka untuk bertingkah laku.Apabila individu itu terlibat dalam masyarakat yang bermasalah, ia akan mendidik individu itu kearah proses sosialisasi yang negatif. Contohnya, Seorang individu yang terabai dirumah, akan keluar mencari teman-teman yang mampu memberikan perhatian dan kasih sayang yang diperlukan. Jika individu ini berkecenderungan berkawan dengan mereka-meraka yang terlibat dengan aktiviti “rempit”, maka individu itu akan membentuk tingkah laku yang diterima oleh golong tersebut. Ini kerana individu tersebut ingin diterima oleh golongan tersebut.

Oleh yang demikian, proses sosialisasi adalah penting dalam melahirkan individu yang bebas dari masalah sosial. Proses sosialisasi yang positif harus bermula sejak diperingkat awal lagi. Tumpuan dan penekanan terhadap proses sosialisasi primer adalah penting dalam membentuk peneguhan tingkah laku dan sikap positif dalam diri individu. Bak kata pepatah, "ayah borek , anak rintik" maka didiklah anak dengan sebaiknya. Agar negara bebas dari masalh sosial dimasa hadapan


Monday, September 28, 2009

.Cabaran Kebajikan Sosial Hari ini dan Masa Hadapan.


Kebajikan sosial merupakan institusi sosial yang menilai keperluan masyarakat , memantau perubahan keperluan masayarakat dan merancang program atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat sebelum membantu anggota masyarakat memenuhi keperluan hidup mereka.Ia juga merupakan satu institusi pelaburan sosial yang dibina oleh masyarakat bagi mengupaya dan memajukan aset sosial yang terdapat di dalam diri anggota masyarakat atau aset sosial yang ada di dalam komuniti secara kolektif. “Keperluan manusia” merujuk kepada keadaan yang perlu ada bagi sesuatu individu bagi memastikan keadaan hidupnya sejahtera (thomas dan pierson, 1996). Keperluan manusia merupakkan barangan material atau keadaan-keadaan fizikal tertentu yang mesti dimiliki oleh manusia bagi membolehkan mereka menajalankan fungsi dan peranan fizikal, mental dan seksual dengan berkesan.


Dalam era globalisasi ini, keperluan manusia yang semakin meningkat. Keperluan manusia juga sentiasa berubah,meningkat, bertambah dan tidak statik. Oleh yang demikian, adalah satu cabaran bagi institusi kebajikan sosial dalam memenuhi segala keperluan masyarakat bagi memastikan kefungsian sosial mereka terjamin. Setiap individu yang terlibat dalam kebajikan sosial haruslah lebih peka dalam mengetahui dan menganalisis keperluan-keperluan baru yang di perlukan oleh setiap ahli masyarakat agar tiada keciciran berlaku. Hidup dalam era globalisasi dan modenisasi ini juga memberikan banyak impak kepada negara kita. Negara harus bersedia dalam perubahan interaksi sosial, peranan sosial dan perubahan budaya dalam masyarakat yang disebabkan oleh impak globalisasi ini. Perubahan yang disebabkan oleh globalisasi dan modanisasi ini akan sedikit sebanyak meningkatkan masalah-masalah sosial dalam negera. Ini juga merupakan satu cabaran kepada institusi kebajikan sosial dalam membentras masalah-masalah sosial yang semakin meningkat dan semakin agressif. Oleh yang demikian, para pekerja sosial yang bekerja dalam lapangan kebajikan sosial harus kreatif dan bersedia untuk menambah pengetahuan terhadap masalah sosial tersebut agar masalah-masalah ini dapat dibentras secara holistik.


Dalam memastikan kebajikan masyarakat terjamin, negara terpaksa membelanjakan sejumah wang yang banyak. Hal ini menjadi masalah kerana "budjet" negara terpaksa dikongsi dengan kementerian lain dalam menajalankan pembangunan negara. Sering kali hal berkaitan kebajikan sosial ini dipandang rendah oleh kerana golongan kebajikan ini dikatakan ttidak mampu untuk menyumbang kepada negara. Disebabkan hal ini, adalah menjadi satu cabaran dalam institusi kebajikan sosial untuk mencari dana luar dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan ini dan memastikan mereka kefungsian mereka dalam masyarakat terjamin.


Kebajikan sosial juga mendapat cabaran dari segi pembinaan polisi sosial yang melibatkan golongan-golongan kebajikan ini. Disebabkan perubahan era dan pembangunan negara, polisi sosial ini harus di kemaskini dan di kaji bagi menjamin kebajikan golongan-golongan mereka yang terlibat. Ini juga disebabkan desakan globalisasi yang menyebabkan cabaran hidup individu yang yang tinggal dibandar semakin meningkat. Cabaran hidup dibandar yang meningkat ini melahirkan meningkatkan golongan mereka yang memerlukan kebajikan seperti contoh, golongan misksin bandar yang memerlukan sosial support daripada masyarakat. Oleh yang demikian, polisi sosial yang sedia ada ini harus diperbaharui dalam menampung senario-senario baru yang wujud hasil dari pembangunan negara.


Masyarakat juga sering menghadapi kesukaran dalam memahami apa itu sebenar “kebajikan sosial”.Pekerja sosial yang bekerja dalam menjamin kebajikan sosial masyarakat sering menghadapi masalah dalam menyampaikan "message" kepada orang awam tentang persoalan ini. Pekerja sosial menghadapi kesukaran dalam tahu masyarakat umum tentang golongan-golongan yang berhak menerima kebajikan dalam mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap golongan-golongan tersebut. Namun begitu, masyarakat negara ini lebih mementingkan publisti dan hanya membantu golongan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada mereka. Dan sering juga masyarakat hanya memberi perhatian kepada golongan ini apabila tiba musim-musim perayaan bagi meningkatkan publisiti mereka. Contoh nya, pada musim Hari raya, ramai agensi atau individu persendirian memberi bantuan dari segi makanan atau wang kepada anak-anak yatim. Namun begitu golongan-golongan kebajikan yang lain tidak mendapat perhatian. Masyakat kita sering memandang golongan anak yatim sebagai golongan yang perlu diberi perhatian, namun begitu masyarakat harus tidak lupa untuk menghulurkan bantuan terhadap golongan-golongan lain seperti mangsa dera, orang kurang upaya, golongan miskin dan sebagainya. Ini merupakan cabaran yang mencabar kerana ia melibatkan penukaran mentaliti masyarakat tempatan.



Melahirkan pekerja sosial yang bermutu dan berdaya saing mampu mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera. Langkah-langakah yang konsisten diperlukan dalam mempertingkatkan institusi kebajikan sosial negara. Ini penting dalam menjamin kebajikan sosial masyarakat dipelihara dam menjamin negara membangun holistik.

Sunday, September 20, 2009

. Keganasan/ Penderaan Terhadap Golongan Wanita .



Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa penderaan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Penderaan ke atas wanita adalah salah satu bentuk keganasan, sementelah isteri yang didera suami pula dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumahtangga. Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan atau penderaan terhadap wanita dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki. Penderaan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.


Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual atau mental. Terdapat beberapa jenis penderaan yang sering dilakukan terhadap golongan wanita.


Jenis penderaan:
- Penderaan Psikologi dan Emosi
- Penderaan Fizikal
- Penderaan Seksual
- Penderaan Sosial
- Penderaan Kewangan




Berdasarkan stataistik menunjukkan majoriti magsa dalam keganasan rumah tangga, wanita yang sering kali di dera oleh pasangan mereka. Kes penderaan wanita dilaporkan berlaku di seluruh negara mencatatkan bilangan tidak kurang 400 kes. Walau bagaimanapun, jumlah itu masih dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai kejadian terbabit. Statistik menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang kerap mencatat angka keganasan atau penderaan wanita yang tinggi sepanjang 3 tahun (2003 –2006). Ini menunjukkan penderaan / keganasan wanita tidak tertumpu kepada negeri yang menjadi pusat tumpuan pembangunan seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kepesatan teknologi dan kesesakkan pembangunan bukan faktor utama dalam masalah ini.



Pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu sendiri. ahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.



Masryarakat juga harus menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada "gender". Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita.Kedua-dua belah pihak Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta tuli. Penbenukan kersefahaman dalam perhubungan, kearah permuafakatan adalah penting dan ia mampu menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan dikalangan wanita.

Sunday, September 13, 2009

. Hanya Tatapan Public ? .

Petang Jam 6.30.

Memang kusut keadaan Janie. Baru bangun tido. Tatau kenapa sabtu ahad nih dOk tido jer. Nih menaip nih pon nak demam. Tekak dah tak sedap, hidung dah berair..kepala pening, xyah cite la~!. Tapi itu semua bukan kisahnya. Kisahnya bermula dengan bising-bising dari luar. Ade bunyi annoucement name-name pertubuhan anak yatim. ohw, jiran ku yang dikatakan "orang besar" wat makan-makan tok anak yatim rupanya. Bagus lah....*amin*. Nak harapkan Janie yang bagi makan anak yatim memang tak mampu la, nasi untuk diri pOn masih mengira apentah lagi nak memberi makan berpuluh kanak-kanak. Maka, Janie memuji tindakan jiran janie. Moga Allah melimpahkan rezeki untuk beliau.

Namun, ketika kaki melangkah menaiki tangga...hati terdetik. Setan kecil yang degil keluar menunjukkan muka. Dalam hati kecil terdetik, "aik, sebelom nih takde plak die nak bagi makan-makan mcm nih?? takkan time raya jer?? mak kate siap ade TV3..nih nak popular jer ker?". Tetibe hati berkata "shit la..kalo die wat untuk nak publisiti". Argh hati mule la nak ngamOk..Janie bukan ape nak ngamok..Ok la die nak menOlong orang yang memerlukan. Tapi, bukankan lebih bagus jika tangan kanan menderma tanpa tangan kiri mengetahuinya? . Kenapa nak menjemput Tv3 semua? nak menayang kita wat kerja amal kah?. Haruskah??

Perlu ke anak yatim dan golongan yang memerlukan ini merasa ade "self belonging" hanya tiba hari raya? Mase tuh semua pon nak bagi makan, bagi tuh bagi nih...tapi bila hari hari biasa?? ade orang nak melayan mereka? Pernah terfikir nak bagi makan-makan jugak ker? Tak payah bagi makan..ade terase nak "jengOk" mereka ker? Kompem tak kan? Tuh la dunia pOlitik now nih..semua nak PUBLIC. Dan mangsa, adalah golongan yang memerlukan kebajikan. damn~!

Sorry sedikit emo. Tapi Janie tetap terharu dgn usaha jiran untuk memberi makan. Harap usaha die tuh untuk kebajikan anak-anak yatim dan bukan untuk PUBLIC semata-mata. Tak payah aaa panggil TV3 semua. Nak menderma, membuat kebajikan biarlah ikhlas dan tertutup. Namun, siapa Janie nak mengadili? mereka dah membuat kebajikan..Janie mampu berterima kasih la kepada mereka..sebab Janie pon xmampu. Harap nanti bila dah mampu, giliran Janie pulak memberi dan bukan menerima. *amin*

Sunday, August 9, 2009

. Kebajikan Sosial dan Mereka .

Konsep kebajikan sosial berkait rapat dengan sistem institusi sosial yang terdapat dalam masyarakat. Ia melibatkan perancangan dan proses yang mengurangkan masalah sosial ahli masyarakat supaya kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan. Terdapat beberapa golongan individu/kelompok yang sering diberi tumpuan dalam memberi bantuan dengan harapan dapat mempertingkatkan kefungsian sosial mereka dalam masyarakat.



Orang Kurang Upaya(OKU)

Bukan mereka pinta lahir keduani sebagai seorang insan yang cacat. Cacat anggota bukan bermaksud seseorang itu tidak berguna. Adik Abdurahman faiz (gambar) membuktikan sebagai seorang insan yang kurang upaya masih mampu melukis bagi memperolehi upah bagi menampung keperluan beliau.


Cacat anggota badan juga bukanlah penghalang bagi sesorang insan itu menuntut ilmu. Setiap ahli amsyarakat mempunyai hak dalam menuntut ilmu. Namun begitu, bagi warga kurang upaya ini haruslah diberi perhatian yang tinggi agar mereka tidak dipinggirkan dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan status mereka dalam masyarakat.


Aktiviti warga kurang upaya ini juga sedikit terbatas dalam melaksanakan tugasan harian mereka. Kerajaan kini banyak mengambil langkah-langkah dalam mempertingkatkan kemudahan fizikal bagi golongan ini. Kemudahan sepeti Tandas OKU, lorong untuk kerusi roda disediakan dan soal-soal tentang kebajikan golongan ini juga sudah mendapat perhatian dalam perbincangan tentang pembangunan negara.





Dadah

Dadah, dikatakan musuh nombor 1 negara. Ia merupakan satu fenomena sosial yang telah mejajah negara sejak dahulu lagi dan masih tidak menampakkan perubahan yang positif. Dadah membuatkan sseseorang individu itu tidak dapat melaksanakan tugas meraka sebagai seorang ahli dalam masyarakat.


Masalah penagihan dadah kini membimbangkan dan ia harus menerima kerjasama semua pihak dalam membentras gejala ini sebelom ia menjadi parah. Mengikut statistik, kategori umur antara 25 hingga 29 tahun merupakan bilangan penagih yang paling ramai dikesan. Ini amat menjejaskan negara kerana masalah dadah ini akan mendorong kepada keruntuhan institusi-institusi lain seperti institusi keluarga, institusi keselamatan dan lain-lain.



Kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah dalam memastikan permasalah dadah ini dapat dikurangkan. Pelbagai kempen kesedaran dijalankan dan poster-poster (gambar) di pamirkan bagi memberi informasi kepada rakyat tentang bahayanya dadah. Kini terdapat beberapa tempat pelindungan bagi golongan ini bagi membantu mereka untuk kembali kepada kehidupan yang sihat dan tidak dipinggirkan dalam prosess pembangunan.




Kemiskinan


Masalah kemiskinan bukanlah masalah yang asing lagi bagi negara kita. Secara umumnya, kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang dalam membiayai keperluan seharian.



Penepatan golongan miskin ini tidak begitu sempurna dan terdedah kepada masalah kesihatan (persekitaran yang kotor) dan keselamatan (kekuatan rumah) . Golongan ini haruslah diberi bantuan kebajikan supaya mereka mampu memenuhi keperluan asas meraka dan pada masa yang sama ia juga dapat membentras gejala sosial lain berlaku.



Apabila golongan miskin ini mencapai jalan buntu dan kebajikan mereka tidak dijaga, mereka terpaksa keluar mencari nafkah dengan meminta sedekah menggunakan anak-anak kecil mereka untuk menarik perhatian warga kota. Ini merbahayakan diri mereka dan juga anak mereka. Ini juga sedikit sebanyak menjejaskan pandangan kota raya yang kini membangun dengan pesat.


Apabila sesebuah keluarga tidak mempunyai wang yang mencukupi dalam membiayai kos keperluan, ini menyebabkan kelurga tersebut terdedah degan persekitaran atau kawasan yang kurang sempurna pembangunannya. Apabila berada persekitaran yang serba kekurangan, anak-anak terdedah kepada persekitaran yang kotor dan mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan dan keselamatan. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pembangunan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut dalam menjalani kehidupan harian mereka.




Penderaan

Penderaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ia terbahagi kepada beberapa jenis sepeti penderaan seksual, fizikal dan juga emosi.


Golongan wanita sering dikaitkan golongan yang lemah dan ia menjadikan mereka terdedah kepada penderaan oleh suami mahupon golongan lelaki lain. Apabila seorang isteri di dera oleh suaminya , ini akan menyebabkan institusi kekeluargaan goyah dan ia akan menyebabkan berlakunya gejala sosial lain seperti pengabaian anak, pelacuran dan sebaginya.


Apabila institusi keluarga itu telah goyah, terdapat diantara menjadikan anak sebagai tempat mereka melepaskan tekanan akibat masalah yang dihadapi diantara suami dan isteri. Ini akan menyebabkan anak mengalami masalah darisegi fizikal dan juga mental.


Kanak-kanak yang didera ini dikatakan berkecenderungan untuk menghadapi trauma apabila mengalami kecelaruan psikologi seperti takut, berasa terancam dan lain lain. Keupayaan seseorang itu menghadapi trauma bergantung kepada tahap penerimaan seseorang itu terhadapat kejadian yang dialaminya.





Mereka memerlukan bantuan kita dan bukan untuk dipinggirkan. Mereka juga punya perasaan dan hati untuk bergembira bersama yang lain dalam menjalani kehiudpan dalam masyarakat yang harmoni.

" Jika seorang insan melakukan ini...
Seminit ingatan, dapat membuatkan mereka rasa ada yang prihatin. Selafaz doa, membuatkan mereka rasa disayang. Seringgit derma, membuatkan mereka mampu mengalas perut. Satu tangan yang menghulur, dapat membantu mereka menjalani kehidupan. ...

Apa pula jika seluruh rakyat Malaysia melakukan itu?
Bukankan kehidupan kita akan lebih aman, negara lebih maju . *Amin* "
- Azhani Ali.